Sebuah Perjalanan dan Kenangan................


Mukaddimah yang pertama..........


                                                                          Perjalanan & Kehidupan
Perjalanan di dalam kehidupan ini merupakan satu perjalanan yang memerlukan seseorang manusia itu sentiasa berjalan. Dan di dalam perjalanan itu terdapat pelbagai ujian yang pasti mendatang. Destinasi yang dituju pasti sampai. Tetapi, cara perjalanan yang akan mempengaruhi tika sampainya ke destinasi yang dijanjikan. Sama ada sampai dengan tenang, mahupun dengan resah gelisah. Harus kita ingat semuanya telah ditentukan oleh S.W.T. Manusia perlu merancang, berusaha, berdoa, dan bertawakal.


Kenangan mengusik jiwa
Di dalam perjalanan, pasti pelbagai kenangan tercuit di hati serta akan disimpan buat tatapan jiwa tika berkelana. Manis mahupun pahit ia tetap merupakan kenangan yang mampu menyegarkan ingatan. Mungkin di satu hari nanti bila diingati kembali, terasa rindu akan masa yang lalu.. Itulah nilai kehidupan, masa yang lalu akan menjadi kenangan. Sedih dan tawa merupakan asam garam yang menjadikan perjalanan ini lebih menyedapkan. Walau kadangkala, sentiasa merindui kenangan yang lalu. Dan kadangkala ingin melupai tanpa mengingati. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bagai satu kesan yang menjadi rindu di hati. Kerinduan akan sentiasa diubati. Putaran ingatan yang mampu memberi sedikit hilang rasa kerinduan.
Suasana sentiasa berubah. Diimbas kenangan dulu, suasana sentiasa dirasai damai, rasa berputiknya kecintaan. Bila masa menginjak usia, makin rasa rindu. Satu persatu peristiwa menjadi lipatan kenangan sejarah. Seperti mengalirnya air sungai yang jernih dan tenang.



Nilai Sebuah Perjalanan
Segala yang berlaku di dalam perjalanan itulah rahmat dan nikmat, bukan semua insan yang mampu merasai nikmat perjalanan seperti ini. Rahmat dan nikmat di dalam perjalanan mampu mengajar manusia erti kehidupan. Nikmat ini perlu diperlihara moga sentiasa mengalir di dalam jiwa. Seperti mengalirnya air yang mengalir deras laju. Jangan alpa dan leka di atas nikmat yang diberikan. Perjalanan dan kenangan merupakan satu nikmat yang telah Allah S.W.T. berikan. Nilainya Allah S.W.T. yang akan tentukan. Oleh itu, nikmat dan rahmat yang diberikan perlu digunakan sebagai pelengkap perjalanan di dalam kehidupan. Moga-moga kehidupan ini menjadi medan amal yang menjana rahmat apabila bertemu dengan Allah S.W.T. Insya'Allah.

Bicara Hati
Perjalanan mengajar erti keimanan dan ketakwaan, mengajar erti kehidupan, mengajar erti betapa kerdilnya insan, mengajar erti kita sebagai hamba Allah. Kenangan membawa kesan di hati, sentiasa segar diingatan. Menjadi rasa rindu untuk mencari damai abadi. Membuatkan rindu kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Kuasa. Ya Rabb.....


0 ulasan:

Catat Ulasan

Diari Seorang Khalifah

Aku tidak sehebat Saidina Abu Bakar As Sidiq, Aku tidak setegas Saidina Umar Al Khattab, Aku tidak setanding dengan Saidina Uthman Affan, Aku juga tidak sebijak Saidina Ali.... Aku tak mampu menandingi Khalifah Umar Abd Aziz dan aku tak sekuat pahlawan perang Sultan Salahuddin Al Ayyubi..... Tetapi aku juga seorang khalifah, dan Engkau juga seorang khalifah. Kita Khalifah di muka bumi Allah s.w.t.